Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

Salam sejahtera Kawan2 AbangAji, Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili diri saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha buat semua pengunjung Blog AbangAji yang setia dan hebat ini. Kepada mereka yang balik kampung, selamat pergi dan kembali dengan selamat, have a safe journey. Kepada yang masih bekerja AbangAji ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan. Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati. AbangAji tahun ni hari raya korban di Jengka 16 bersama ibunda tercinta. Jika ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama solat hari raya di Masjid Jengka 16. Sempena Hari raya ni ada permintaan, utk makan spagheti laa pulak. Tak menghampakan permintaan mereka arini AbangAji ambil cuti utk menyedakan sos nya. Jadi start pagi2 tadi AbgAji memulakan tugas memasaknya. Ini bahan2 yang dah disediakan, hehe sebab dah lama tak masak ni rasa penat juga laaa nak menyiapkan. Bahan2 yang telah disediakan. Mula memasak Se

Pengalaman Pahit Kehilangan Anak

Didekati lelaki asing KUALA LUMPUR: “Ketika sedar cucu tiada dalam kereta, saya panik dan berusaha mencarinya di sekitar kawasan flat sehingga petang, namun gagal dan saya juga pengsan akibat terlalu risau berikutan menghidap penyakit asma,” kata Hashim Ali, 56, datuk kanak-kanak yang dilaporkan ditemui ketika bersendirian menaiki bas ke ibu kota, tengah hari kelmarin. Beliau berkata, sebelum kejadian, cucunya Mohd Amin Rozi, 4, mengikutnya mencuci kereta di kawasan rumah mereka di flat Sri Sabah, Cheras dan selepas penat bermain, cucunya itu dibiarkan tidur dalam kereta. “Saya meneruskan mencuci kereta dan sebaik selesai, saya mendapati Amin tiada. Memang saya langsung tidak sedar bila dia keluar dan menyangka dia bermain di kawasan sekitar. “Puas saya cari, tetapi tidak jumpa dan saya maklumkan kepada isteri mengenai kehilangan cucu saya itu. Dia kemudian menelefon anak perempuan kami iaitu ibu kepada Amin yang ketika kejadian sedang bertugas di Projek Perumahan Rakyat

Banjir lagi

Semalam AbgAji dapat MMS dari adik Ipar dari kampong. di Kg. Sena Dalam, Padang Besar, Perlis. beberapa gambar keadaan banjir di rumah pak mertua AbgAji. Alhamdulillah semua selamat, air naik cuma setakat pintu pagar masuk ke halaman rumah, tetapi kasihan kpd jiran2 sebab rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut. tapi yang tak selamatnya cuma pokok padi habis tenggelam, sawah padi dah jadi bagaikan sebuah tasik yang begitu luas.

Bengkel Bina Website Online #3

Latihan-Praktikal-Cara-cara membuat website anda sendiri: Ikuti video sifu saya En. mazelan Abas dibawah ini bagaimana membina website sendiri secara asasnya 1. Oleh kerana AbgAji menggunakan domain dan hosting GDI, kita kena setup domain di GDI dan cara untuk setting. Lihat video di bawah; Daftar 7 hari percuma dengan GDI disini PENTING: Selagi anda tidak ubah setting di GDI kepada Basic Hosting , anda tidak boleh menggunakan NVU/KompoZer dan FileZilla. 2. Setup File Zilla. Lihat Video dibawah ; OK, InsyaAllah N3 akan datang AbgAji akan "post' cara2 upload website ke domain, teknik memasukkan gambar dan video, jumpa lagi. Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

Tip2 Untuk Membina Website #2

Apa yang penting utk membina website ini ialah dua perisian iaitu 1. Untuk bina website 2. Untuk upload website ke domain anda. Banyak perisian yang boleh digunakan utk bina website ini tetapi dalam slot AbgAji kita akan gunakan NVU atau KompoZer . Bagi yang baru sudah cukup dengan perisian ini serta FileZilla utk upload website ke domain anda. 1. Download dahulu perisian NVU percuma disini. NVU adalah perisian untuk membuat website dan dia adalah percuma. Klik Disini untuk download NVU Klik disini untuk download Kompozer 2. Download FileZilla untuk kegunaan memindahkan file website yang kita bina dari komputer kita ke tapak domain. Klik disini untuk download filezilla. Latihan-Praktikal-Cara-cara membuat website anda sendiri akan diberikan pada N3 akan datang serta boleh ikuti video bagaimana membina website sendiri secara asasnya yang disediakan oleh sifu maya saya En. Mazelan Abas. Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

Tip2 Untuk Membina Website #1

Salam sejahtera dan Selamat hari Raya Aidil Fitri, minta maaf zahir dan batin mungkin terlambat sedikit tapi masih di bulan Syawal. Baru ini AbgAji berkesempatan utk "meng-update" blog ini. Aduhai dahlama tak berblog ni rasanya. Maaflah kawan2 semua ya, bukan Apa AbgAji terlalu sibuk dgn biz online , kerana memberi tunjuk ajar kpd ahli2 baru dan rakan niaga yang semua inginkan tip2 utk membuat iklan utk perniagaan mereka. Pada N3 pertama lepas raya ini AbgAji nak berikan tip2 macamana nak bina website dan cara memantap perniagaan online anda. Bersedialah menemui jalan baru yang akan menarik orang seperti magnet untuk menyertai anda. Inilah cara Top Internet Marketer yang sering disimpan oleh mereka dan menjadikan mereka Top serta menjana pendapatan yang amat tinggi di dalam dunia online marketing. Sekarang, cara yang sama yang telah mencipta ramai Top Marketer, tersedia untuk anda. Kami sengaja mencipta website ini hanya satu muka surat sahaja supaya anda akan dapat mengikut

Felda Lepar Hilir 3

Minggu lepas AbgAji singgah dirumah kakak di Felda Lepar Hilir, pastu sesaja pergi belakang rumah dia, ini antara yg sempat ambil gambar sebab hari macam nak nak hujan masa tu ; Lada hitam Salak Pandan dan Kadok Tebu telor Pisang Emas

Eastin Hotel 1/5/10

Hari anugerah Vemma 1/05/2010 @ Eastin Hotel PJ Sempat bergambar dengan Jutawan Muda Vemma Norsalehin. Bergaya dengan plak anugerah haha pinjam ingat ujung tahun mungkin giliran AbgAji InsyaAllah Jom Join Vemmabuilder Online biz bersama saya, teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan! *Nama Pertama : *Nama Terakhir : *No. HP : *em@il Anda : *Confirm Email: *Negara : Sila Pilih Negara United States United States Australia Austria Canada Germany Ireland Indonesia Japan Malaysia New Zealand Philippines Singapore Slovenia Taiwan United Kingdom *Memperoleh Pendapatan : Sila Pilih Satu Kurang Dari RM1000 sebulan RM1000 sebulan RM3000 sebulan RM5000 sebulan RM10000 sebulan atau LEBIH

Kursus Cara-cara Pengiklanan Di Google Adwords dan Di Facebook

Kursus dijalankan di Bilik Seminar Yes Printing Sdn Bhd dari pukul 2.00 ptg - 6.00ptg 110/04/10. Latihan ini untuk ahli Vemmabuilder yang baru untuk mereka menjalankan perniagaan online. Banyak tip2 yang diberikan oleh mereka yang telah berjaya di Vemmabuilder. AbgAji kali ni cuma dtg beri pertolongan yang perlu, sesekali tu ada juga pertanyaan yg perlu dijawap dan juga memberi tip2 untuk berjaya dalam bisnes Vemmabuilder ini. Hehe ini orang kaya diVemma pendapatan akak ni mencecah RM15000.00 seminggu. Hanya buat secara sambilan dan masih bekerja sebagai guru. Bergambar diakhir kursus.

Restoran Pinggan Besar

Tadi kome sekeluarga singgah makan tengahari di Restoran Orange. AbgAji tak tau kenapa tokeynya letok nama orange ni, nok kata cat diluor takdelaa warna oren, nampok biasa jer. Juadah direstoran ni boleh tahan banyak tapi yg menariknya pinggan yang digunakan besor sungguh dekat sama besor dengan talam. Agaok2 dalam >12 inci garis pusat. nii haa pingggannya haha AbgAji biaslaa kala ada petai mesti tak lepas punyer, ulam favorite tu. Siput sedut masak lemak cili api pun ada. Jemput makan. Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit. Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan! *Nama Pertama : *Nama Terakhir : *No. HP : *em@il Anda : *Confirm Email: *Negara : Sila Pilih Negara United States United States Australia Austria Canada Germany Ireland Japan Malaysia New Zealand Philippines Singapore Slovenia Taiwan United Kingdom *Memperoleh Pendapatan : Sila Pilih Satu Kurang Dari RM1000 sebulan RM100

15 Mac 1996 WR Grace Kuantan

Nih Gambo kome yg diambil kala tak silap dalam April 1996. Dalam sedar tak sedar dah abis bulan Mac. Esok dah masuk bulan April. Tadi kat opis AbgAji secara tak sengaja jumpa gambo ni tadi. Masa nih AbgAji mula kerja di Kuantan nih. Sebuah kompeni dari US, WR Grace Specialty Chemicals. Dah 14 tahun rupanya AbgAji kerja disini. Masa tu AbgAji muda belia lagi teha yang baju kuning te. Masa tu bangunan masih lagi dalam pembinaan, tengok te di belakang besi masih lagi berceracak. Masa nih Kome tengah sibuk untuk setup bilik makmal maklumlaa kome semua ni pakar tentang Quality Control hahaha. Ini kenangan masa kompeni hantor latihan di Worms, Germany. Bandor Worms ni kecik jer, tapi cantik dan bersih. AbgAji tinggal di Hotel Nebelungen. Hotel ni bangunan lama zaman pertengahan dulu, Kata demenya hotel ni berhantu. AbgAji tak jumpa pun, tapi mungkin juga sebaknya bila malam jer macam ada pesta di hotel ni. Bunyi meriah sangat tapi bila keluar biasa jer takde apa2 pun. Masa tu AbgAji tak ter

Anak Rebung Enterprise

Malam semalam AbgAji sempat jumpa sahabat blogger kita Saudara Mitos dari blog "Anak Ulu Cheka". Lama juga kome berborok start pukul 8.45 hingga pukul 10.30 malam. Macam2 kome borok tu. Sebenornya kome ni sekampung tapi tulaa kenei di internet sebaknya AbgAji dibesorkan di Jengka dan saudara Mitos ni memang dibesorkan di Kg. Ulu Cheka. Yang behnya sdr mitos ni memang expert tentang computer software. AbgAji sempat juga mintok tolong masukkan software GPS baru. Sekarang guna GPS "Papago X5E" lepas ni gerenti tak sesat haha. Terima kasih bebanyok. Dalam rancak beborok te lupa pulok nok amik gambo kala tak boleh upload kesini Tapi sebelum jumpa sahabat kita ni, AbgAji menemankan isteri nok membeli meja untuk mesin jahit dia. Katenya meja yg ada sekarang ni tinggi sikit tak selesa bila menjahit, tulaa dia asyik ngadu lenguh dan sakit lengan sebab meja yang tak "ergonomik" kata dia. Ini dia isteri AbgAji tengoh tawar menawar harga, yang membelakang ter pembant

Tak Boleh Ambil Gambar Disini!!

Dah lama AbgAji tak update blog ni, entah 2-3 ari ni malam jer nok surf tenet ni. nok kate sibuk sangat tak juge, cam biasa jer. Sampai blog kawan-kawan pun tak sempat nak tengok. Ari Sabtu lepas biasalaa jalan2 bawok bebudok ke Kuantan Parade. Bukan apa aritu janji dengan anak lelaki AbgAji nok belikan mainan. Biasalaa ada 3 orang anok lelaki ni, nok beli mainan sesaje. Kita silap cakak pun kata kita janji. Pulok tu tuntut janji yg kita tak janji tu setiap masa yg demenya ingat. Sampai satu kedai mainan yg paling beso di situ, bebudok mula pilih nok itu, nok ini tapi bila tengok hargenya pepalih maheinya. AbgAji sempat amik gambo, lepas 1 kali snap datang pembantu kedai ter sound AbgAji. Pkedai - Abang tak boleh amik gambar kat sini. AbgAji - kenapa tak boleh...? Pkedai - tak tau kenapa, memang tak boleh Abg. AbgAji - kala tak tau sebabnya makna saya bolehlaa amik lagi. Pastu AbgAji saje menyakat dia terus snap lagi satu. Pkedai - Abang maaf, tolong jangan ambil gambar disini . AbgAji

Kadang-kadang

Kadang-kadang bila kita sedih... Takda orang perasan air mata kita keluar. Kadang-kadang bila kita riang gembira... takda orang perasan bila kita suka dan ketawa. kadang-kadang bila bimbang.. takda orang perasan kita dalam keaadaan tertekan. Kadang-kadang bila kita ketakutan. Takda orang perasan gementarnya hati kita. Tetapi.... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Kadang-kadang bila kita TERKENTUT..... hahaha....... satu kampung orang akan perasan dan akan ingat sampai bila-bila. Hehehe

Aktiviti hari Ahad

Ari ni AbgAji jadi cheflaa pulok, anak2 nak makan spaghetti. Dorang kata dah lama ayah tak masak utk diorang semua. Dengan berat ati AbgAji memulakan tugas menyediakan bahan2 yang perlu untuk buat sos spaghetti. Nak membuat sos spaghetti ni bukannya susah sangat, tu dibawah tu bahan2 yang perlu, Daging yang dikisar, bawang merah, bawang putih, celeri, tomato, karot dan cendawan butang. Yang tak gambar tu cuma dan lada bulat (omputih kata capsicum) dan tomato puri. Kala nak bagi aromanya gaya barat sikit kena masukkan serbuk Oregano atau Basil. Ini AbgAji tengah memasak sos. Sempat pulok tu berposing hehe.

Jalan jalan di Ipoh dan Tambun Perak

Memang kaya negeri Perak ni jalan pun buat daripada bijih timah. hehe Pasar Tambun AbgAji sempat beli ikan pekasam. Memang sedap ni Durian Belanda Nangka pun AbgAji beli Yang ni lagi power haha kala tak kenei buah ni dah sah bukan dari kampung. Kala orang pahang pangge Kerdas tapi orang sebelah utara pangge Genuaq/Geduaq. Singgah beli madu lebah hehe nasib baik tak madu tiga, haha! Singgah minum air kelapa jab. On de way balik Pahang. Esok dah keja.