Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Family Day, WR Grace Kuantan 20/12/2009 @ A'Famosa resort Melaka

Di A'Famosa Wetworld seronok betul anak2 main air. Sedang beratur untuk dapatkan tiket untuk menaiki "Eye on Malaysia". Masing-masing nampak penat maklumlah setelah 4 jam main air di A'Famosa Wetworld. Sebahagian Bandar Hilir Melaka dari Roda "Eye On Malaysia"

Family Day, WR Grace Kuantan 19/12/2009 @ A'Famosa resort Melaka

Di Animal world Safari Relax jap sementara tunggu cowboy show. Show dah start dah ni best gak Sempat lagi ambil gambar sebelum check in hotel.

Taman Permainan Balok Perdana 7/12/09

Padang permainan telah menjadi macam tasik setelah hujan turun 3 hari berturut-turut.

ESQ Leadership Training 04/12/09 - 06/12/09 @ Multaqam Hall, Maju junction Mall, Kuala Lumpur.

Tengah tunggu Komuter utk pergi traning pada hari pertama pergh dah lama tak bersesak dalam komuter. Bersyukur telah pindah ke Kuantan jauh dari kesesakan. Sempat bergambar dengan Facilitator training Bapak Arief Rahman Saleh dan sebahagian peserta training. Terima kasih kpd Syarikat Sime Darby kerana menjemput dan menaja untuk menyertai training yang sangat bagus dan berkesan. Kalau tak ditaja mungkin AbgAji tak dapat join kerana kos yang dikenakan agak mahal melebihi RM1300 untuk seorang peserta. Kad Alumni "The ESQ Way 165"TRAINING ESQ INHOUSE PROFESIONAL SIME DARBY ANGKATAN 015 denngan kad ini boleh join mana training dengan percuma. Sijil penyertaan "ESQ 165 Basic Training. DR.(HC) ARY GINANJAR AGUSTIAN expert in corporate Culture, inventor of ESQ model and ESQ Leadership Center. Sekali lagi terima kasih kepada Syarikat Sime Darby kerana menaja training ini dan layanan yang begitu memuaskan.

Berakhirnya sebuah kehidupan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 27/11/09

AbgAji sempat gak berposing , hehehe

Balik Kampung Lagi

"On the way" balik kampung di Jengka 16. Pemandangan di LPT .

Beli langsir baru laa pulak

Singgah di Pasar borong Nilai 3 17/11/09, lama tak datang kesini diorang punya iklan hebat untuk menarik pelanggan. Bayangkan satu kawasan yang besar tapi lengang sahaja kedai begitu banyak tapi pelanggan tiada, mungkin harga masih mahal kot.

Konvokesyen Ke 7 OUM 16/11/09 Di PWTC

Bersama isteri dan anak-anak tersayang terima kasih kerana memberi sokongan moral untuk menghabiskan pengajian. Berakhirlah episod sebagai pelajar selama 4 tahun. Rasanya nak sambung lagi tapi tak tau bila ada kesempatan lagi.

Makan sate kajang

Memang sedap makan sate kajang tapi sekarang ni servis disini banyak kekurangan ; 1. Sate yang kurang panas tak macam dulu2 2. Kena order di kaunter nak kata pekerjanya kurang nampak ramai. 3. Parking utk pelanggan pun kena bayar ini menunjukkan tokeynya hanya mengejar keuntungan yang lebih dari keselesaan pelanggan. Singgah di kajang 16/11/09

4 perkara menarik dalam dunia E-Bisnes Bajet 2010 Malaysia

Sudah planning untuk 2010 ? Empat perkara menarik dalam dunia E-Bisnes Bajet 2010 Malaysia: * Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. * Pinjaman pembelian ... komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang. * Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010. * Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000. Memanfaatkan peluang yang ada di negara tercinta Malaysia ini. Semakin banyak orang akan mempunyai akses internet dan prospek baru semakin bertambah dlm arena ebiz. Mesti berusaha dari sekarang, masih ada masa untuk meraih kejayaan yang lebih besar nanti.

Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau Timbul

Tak tau dimana silapnya tiba tiba saja ikan di kolam depan rumah AbangAji mati. Bukan seekor tapi 5 ekor sekali gus. Sedih juga rasanya maklumlah AbangAji pelihara ikan ini dari sebesar ibu jari sampailah dekat sebesar betis lebih kurang 4 tahun dalam kolam tu. Tapi takpe mungkin dah tiba masanya.

Workshop Aku Dengan kuasa Minda 12/07/09

Pada 12/07/09 hari Ahad lepas AbangAji join satu workshop Aku Dengan Kuasa Minda. Kursus ini bertujuan untuk motivasi dan kita dapat melehat dimana kelemahan diri kita. Kita boleh menilai sejauh mana kekuatan dalam diri kita juga kelemahan kita. AbangAji memang rekomen rakan rakan (kalau ada masa) meyertai workshop sehari ini. Bayarannya tak lah mahal sangat cuma RM78.00 termasuk makan tengahari dan minum petang. Bergambar dengan pengendali kursus Ustaz Rahman Sufi.

Imani Teguh Trading -Ustaz Bakri

Hari ini anak lelaki abangAji nak baiki basikal. Tayar pancit dan baiki di kedai basikal kepunyaan Ustaz Bakri di Balok Perdana, Harga satu tiub cuma RM6.00 dan servis percuma. Sekarang ni boleh dikatakan bisnes ustaz ini bagus juga. Dulu cuma satu kedai aja tapi sekarang ni dah ada dua. Bisnes bagus tahniah untuk Ustaz semoga sukses. Yang bestnya di kedai Ustaz Bakri ini juga ada menjual pasu hiasan. Katanya jika ada yang ingin jadi pengedar atau ejen jualan boleh hubungi dia. Inilah antara pasu hiasan yang terdapat di kedai basikal Ustaz Bakri ini. Anak lelaki AbangAji Ikhwan & M. Izzat sempat berposing dengan deretan basikal yang terdapat di kedai ini. p/s - Imani Teguh Trading selalu sponsor hadiah beberapa buah basikal untuk cabutan bertuah dalam sesuatu majlis, kedai basikal ini juga selalu menyumbang basikal kepada pelajar pelajar yang kurang mampu setiap tahun.

Kalau Nak Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Benarkah pepatah ini? Kalau nak melenturbuluhnya biar dari rebungnya. Hehe kalau lentur dari rebungnya tak boleh sebab belum sempat lentur dah jadi sayur. Rezeki AbangAji , jiran sebelah rumah emak (Akak Banun) memberi sebatang rebung untuk dibuat sayur. Rebung ni kalau buat Masak Lemak sedap ni. ps - Akak Banun, terima kasih banyak.

Balik Kampung Lagi

Hehe Kali ni AbangAji balik kampung lagi. Kami sekeluarga balik kampung AbangaAji di Jengka 16, aktiviti dikampung ni tak banyak tetapi sekarang ni musim buah-buahan. Biasalaa buah paling popular biasanya durian dan rambutan kerana dua jenis buah ini senang didapati. Disebabkan kami tak punya dusun durian, AbangAji sempat membeli durian daripada jiran. Banyak juga harga pun murah cuma rm20 untuk 14biji. Inilah pohon rambutan disebelah rumah emak AbangAji, kali ini buahnya begitu lebat. Aktiviti memetik buah salak.