Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Wad 222 KSH 13/04/09

Beginilah sebagai manusia kita tak lepas daripada ujian Allah SWT. Dua hari lepas Abg Aji masuk wad sebab kepala pening dan dunia dirasakan berputar ligat. Abg Aji ingatkan tekanan darah naik. Sampai di wada kecemasan dr. check tekanan darah tetapi normal cuma tinggi sedikit. Dr. nasihatkan Abg Aji tinggal di wad dan berehat. Berdasarkan pemeriksaan lanjut oleh dr. mendapati sistem imbangan di telinga AbgAji tak stabil ini menyebabkan pening dan rasa berpusing. Kuasa Allah SWT cuma sedikit sahaja Dia memberi dugaan menjadikan kita hilang segala upaya hatta untuk berdiri dan bercakap.  Alhamdullilah AbgAji dah keluar wad petang 14/04/09. AbgAji mengucapkan terimakasih kepada isteri tersayang(gambar) serta anak anak yang memberi sokongan untuk sembuh dan jiran jiran yang membantu terutama kepada adik AbgAji Abak & Zita, Abg De(anak saudara)Abg long(apak) dan akak Jilah,  Azam sekeluarga, Zul sekeluarga, Cikgu Arshad dan sahabat-sahabat semua yang datang melawat.

Kemalangan Di Persimpangan Balok Perdana 9/04/09

Kemalangan ini melibatkan adik Ipar Abg Aji. Menurut beliau Kemalangan berlaku ketika berhenti untuk membelok ke kanan sebuah motorsikal tiba tiba merempuh bahagian depan keretanya. Alhamdullilah beliau tidak mengalami mengalami kecederaan tetapi penungg ang motorsikal itu cedera p arah. Penunggang mengalami patah kaki dan pembonceng mengalami luka dikaki kanan. Menurut saksi penunggang motorsikal memecut laju untuk "test power". Penunggang juga tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi keledar. Mereka berdua bernasib baik kerana cedera dikaki jika terkena dikepala mungkin lebih parah. Inilah masalah kami di Balok Perdana Fasa II ini. Setiap petang ramai anak anak belasan tahun merempit di sekitar taman ini. Kami telah lapor kepada pihak polis, tetapi perkara ini sering berulang.Apabila pihak polis memantau hanya aktiviti merempit ini tiada untuk 2 - 3 hari. Selepas itu ia berulang lagi begitulah seterusnya. Pada pendapat Abang Aji untuk mengatasi masalah ini perl