Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

5/06/09 -Perjalanan Pulang Ke Pahang

Dalam perjalanan pulang sempat bergambar di pinggir ladang tebu. Inilah pemandangan ladang tebu Felda Chuping Perlis. Sungguh indah seluas mata memandang besarnya. Kawasan ladan tebu terbesar di Malaysia dan kawasan yang terpanas pernah dicatatkan iaitu dengan suhu 41 darjah celcius.

Taman Ular

Selepas tidak mendapat layanan di ladang anggur, kami pergi melawat T aman Ular.

Ladang Anggur -Daya Tarikan Pelancong Di Perlis - Kononnya

Pada 4/6/09 lebih kurang 8.30 pagi kami pergi ke Sungai Batu Pahat iaitu kawasan tanaman anggur Negeri Perlis. Dalam Perjalanan dari Padang Besar Abgaji sekeluarga begitu gembira sekali. Ada yang bercadang untuk bergambar dekat buah-buah anggur yang segar, kerana kami sekeluarga tidak pernah melihat tanaman anggur. Lebih kurang 9.15pagi kami sampai ke ladang anggur yang begitu dibanggakan oleh kerajaan Perlis. Apabila sampai kami sekeluarga hampa kerana ladang ini bukan untuk lawatan. Abangaji begitu tersinggung dengan jawapan lagak pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang bertugas yang sombong hatta salam pun tak dijawap. Abangaji meminta kebenaran untuk masuk melawat, denga kasarnya menjawap "tak boleh". Kemudian abangAji bertanya dimana tempat yang menjual hasil ladang itu sekali lagi pegawai itu menjawab dengan acuh tak acuh "buah sudah habis dituai dan kami tak jual buanggur disini". Sebahagian pegawai Jabatan Pertanian dan pekerja ladang sedang bersantai.

Jom Shopping Lagi 3/6/09

Hari hari ke 3 di kampung Oleh kerana masih tak puas lagi pada hari pertama shopping sekali lagi isteri abgaji suruh hantar ke pekan Padang Besar. Berbagai jenis kerongsang sambung shopping. Beli Jgn Tak Beli. Gerai Kak Jamilah yang menjual makanan ringan dan berbagai jenis kacang. Setiap kali pergi Padang Besar mesti singgah di gerai Kak Jamilah ni sebab harga berpatutan kalau nak di bandingkan dengan gerai lain. Kali ini balik kampung ramai kawan kawan kirim beli kacang gajus dan kacang pistachio(ada orang kata kacang cerdik).

Shopping Sakan Di Padang Besar 2/06/09

Aktiviti pada hari ke 3, kami pergi jalan jalan di Padang Besar. Kami pergi ke bazar membeli belah. Bagi Abgaji takde yang istemewa sebab dah biasa pergi kesitu. Anak anak seronok sebab dapat barang mainan. Yang paling seronok isteri abgAji dan kakak ipar. Diorang shopping sakan kata orang Perlis. Inilah daya tarikan untuk kaum Hawa di Padang Besar

Aktiviti Hari Kedua di Kampung

Petang hari Kedua 1/06/09 di kampung anak lelaki abgaji ajak memancing ikan di anak sungai belakang rumah tok wan mereka. Seronok sungguh diorang. Mungkin "1st. time" memancing ikan. Dengan 2 batang pancing daripada batang buluh kami bertiga beranak pun pergi ke anak sungai. Pada hari tu kami guna umpan cacing yang di gali sekitar tepi sungai tu. Yang paling bestnya, sebaik anak abangaji mencampakkan mata pancing terus diragut oleh ikan. Hasil pancing yang pertama. pada hari pertama pegang batang pancing. Hehe boleh dikatan hari ini dalam sejarah. Inilah hasil kami memancing selama lebih kurang 1 jam pada hari tu. (Goreng pun sodap)

Kepak Kepak Keboom Keboom Keboom

Suasana di dapur kenduri. pada 31/05/09 Sambal belacan dan ulam-ulaman Istimewa di Perlis umbut batang pisang di gulaikan bersama tulang lembu. Kepak Kepak Keboom Keboom Keboom, Majlis perkahwinan anak saudara isteri AbgAji. Kepada Kak Long (Nooreen Ashila) dan suami semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Balik Kampung ooo Balik Kampung 30/05/09

Cuti sekolah bermula anak anak seronok nak balik kampung ke rumah Tok and Wan di Kg. Sena Dalam, Pdg Besar Perlis. Pada 30/5/09 kami bergerak dari Kuantan pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan sejauh 800km dari Pahang ke Perlis. Sepanjang Perjalanan anak bukan main seronok lagi maklumlah dah hampir setahun tak balik ke Perlis. Lebih kurang pukul 10.00pg kami sampai ke RnR Genting Sempah dan makan sarapan pagi. Beli McD "drive thru" Singgah rehat di RnR Bukit Gantang Kali ini kami ambil masa lebih kurang 14 jam untuk sampai. Perjalanan kali ini juga santai sikit singgah banyak tempat. Lebih kurang pukul 5.00 ptg kami singgah di Sungai Petani ke rumah baru Amir (adik ipar AbgAji). Berhenti rehat di RnR Gurun pukul 6.00ptg , makan untuk alas perut. Lebih kurang 2 - 3 jam utuk sampai ke destinasi.