Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau Timbul

Tak tau dimana silapnya tiba tiba saja ikan di kolam depan rumah AbangAji mati. Bukan seekor tapi 5 ekor sekali gus. Sedih juga rasanya maklumlah AbangAji pelihara ikan ini dari sebesar ibu jari sampailah dekat sebesar betis lebih kurang 4 tahun dalam kolam tu. Tapi takpe mungkin dah tiba masanya.

Workshop Aku Dengan kuasa Minda 12/07/09

Pada 12/07/09 hari Ahad lepas AbangAji join satu workshop Aku Dengan Kuasa Minda. Kursus ini bertujuan untuk motivasi dan kita dapat melehat dimana kelemahan diri kita. Kita boleh menilai sejauh mana kekuatan dalam diri kita juga kelemahan kita. AbangAji memang rekomen rakan rakan (kalau ada masa) meyertai workshop sehari ini. Bayarannya tak lah mahal sangat cuma RM78.00 termasuk makan tengahari dan minum petang. Bergambar dengan pengendali kursus Ustaz Rahman Sufi.

Imani Teguh Trading -Ustaz Bakri

Hari ini anak lelaki abangAji nak baiki basikal. Tayar pancit dan baiki di kedai basikal kepunyaan Ustaz Bakri di Balok Perdana, Harga satu tiub cuma RM6.00 dan servis percuma. Sekarang ni boleh dikatakan bisnes ustaz ini bagus juga. Dulu cuma satu kedai aja tapi sekarang ni dah ada dua. Bisnes bagus tahniah untuk Ustaz semoga sukses. Yang bestnya di kedai Ustaz Bakri ini juga ada menjual pasu hiasan. Katanya jika ada yang ingin jadi pengedar atau ejen jualan boleh hubungi dia. Inilah antara pasu hiasan yang terdapat di kedai basikal Ustaz Bakri ini. Anak lelaki AbangAji Ikhwan & M. Izzat sempat berposing dengan deretan basikal yang terdapat di kedai ini. p/s - Imani Teguh Trading selalu sponsor hadiah beberapa buah basikal untuk cabutan bertuah dalam sesuatu majlis, kedai basikal ini juga selalu menyumbang basikal kepada pelajar pelajar yang kurang mampu setiap tahun.

Kalau Nak Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Benarkah pepatah ini? Kalau nak melenturbuluhnya biar dari rebungnya. Hehe kalau lentur dari rebungnya tak boleh sebab belum sempat lentur dah jadi sayur. Rezeki AbangAji , jiran sebelah rumah emak (Akak Banun) memberi sebatang rebung untuk dibuat sayur. Rebung ni kalau buat Masak Lemak sedap ni. ps - Akak Banun, terima kasih banyak.

Balik Kampung Lagi

Hehe Kali ni AbangAji balik kampung lagi. Kami sekeluarga balik kampung AbangaAji di Jengka 16, aktiviti dikampung ni tak banyak tetapi sekarang ni musim buah-buahan. Biasalaa buah paling popular biasanya durian dan rambutan kerana dua jenis buah ini senang didapati. Disebabkan kami tak punya dusun durian, AbangAji sempat membeli durian daripada jiran. Banyak juga harga pun murah cuma rm20 untuk 14biji. Inilah pohon rambutan disebelah rumah emak AbangAji, kali ini buahnya begitu lebat. Aktiviti memetik buah salak.

"Lor sar u 3" Atau Lorong Pasar Baru 3

Bandar Kuantan Bandar Selamat begitulah dipapan tanda bahagian atas sekali dengan terpampang gambar CCTV yang akan merakam kan jika ada perbuatan jenayah atau vandalisme. Walaupun demikian papan tanda nama jalan telah dirosakkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Nama sebenar jalan ini Lorong Pasar Baru 3 tetapi yang tinggal "Lor sar u 3" . Inikah imej Bandar Kuantan? Fikir-fikirkanlah......