Skip to main content

Ladang Anggur -Daya Tarikan Pelancong Di Perlis - Kononnya

Pada 4/6/09 lebih kurang 8.30 pagi kami pergi ke Sungai Batu Pahat iaitu kawasan tanaman anggur Negeri Perlis. Dalam Perjalanan dari Padang Besar Abgaji sekeluarga begitu gembira sekali. Ada yang bercadang untuk bergambar dekat buah-buah anggur yang segar, kerana kami sekeluarga tidak pernah melihat tanaman anggur. Lebih kurang 9.15pagi kami sampai ke ladang anggur yang begitu dibanggakan oleh kerajaan Perlis. Apabila sampai kami sekeluarga hampa kerana ladang ini bukan untuk lawatan. Abangaji begitu tersinggung dengan jawapan lagak pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang bertugas yang sombong hatta salam pun tak dijawap.
Abangaji meminta kebenaran untuk masuk melawat, denga kasarnya menjawap "tak boleh". Kemudian abangAji bertanya dimana tempat yang menjual hasil ladang itu sekali lagi pegawai itu menjawab dengan acuh tak acuh "buah sudah habis dituai dan kami tak jual buanggur disini".

Sebahagian pegawai Jabatan Pertanian dan pekerja ladang sedang bersantai.






Sebahagian pegawai Jabatan pertanian sedang makan buah anggur.




Kenderaan Jabatan Pertanian yang membawa pegawainya untuk test buah anggur.

Buah anggur yang ranum dan lebat bergantungan.




Ladang anggur konon untuk tarikan perlancongan di Negeri Perlis dapat AbangAji katakan hanya "INDAH KHABAR DARI RUPA"

Comments