Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

4 perkara menarik dalam dunia E-Bisnes Bajet 2010 Malaysia

Sudah planning untuk 2010 ? Empat perkara menarik dalam dunia E-Bisnes Bajet 2010 Malaysia: * Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. * Pinjaman pembelian ... komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang. * Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010. * Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000. Memanfaatkan peluang yang ada di negara tercinta Malaysia ini. Semakin banyak orang akan mempunyai akses internet dan prospek baru semakin bertambah dlm arena ebiz. Mesti berusaha dari sekarang, masih ada masa untuk meraih kejayaan yang lebih besar nanti.