Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

Salam sejahtera Kawan2 AbangAji, Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili diri saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha buat semua pengunjung Blog AbangAji yang setia dan hebat ini. Kepada mereka yang balik kampung, selamat pergi dan kembali dengan selamat, have a safe journey. Kepada yang masih bekerja AbangAji ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan. Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati. AbangAji tahun ni hari raya korban di Jengka 16 bersama ibunda tercinta. Jika ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama solat hari raya di Masjid Jengka 16. Sempena Hari raya ni ada permintaan, utk makan spagheti laa pulak. Tak menghampakan permintaan mereka arini AbangAji ambil cuti utk menyedakan sos nya. Jadi start pagi2 tadi AbgAji memulakan tugas memasaknya. Ini bahan2 yang dah disediakan, hehe sebab dah lama tak masak ni rasa penat juga laaa nak menyiapkan. Bahan2 yang telah disediakan. Mula memasak Se

Pengalaman Pahit Kehilangan Anak

Didekati lelaki asing KUALA LUMPUR: “Ketika sedar cucu tiada dalam kereta, saya panik dan berusaha mencarinya di sekitar kawasan flat sehingga petang, namun gagal dan saya juga pengsan akibat terlalu risau berikutan menghidap penyakit asma,” kata Hashim Ali, 56, datuk kanak-kanak yang dilaporkan ditemui ketika bersendirian menaiki bas ke ibu kota, tengah hari kelmarin. Beliau berkata, sebelum kejadian, cucunya Mohd Amin Rozi, 4, mengikutnya mencuci kereta di kawasan rumah mereka di flat Sri Sabah, Cheras dan selepas penat bermain, cucunya itu dibiarkan tidur dalam kereta. “Saya meneruskan mencuci kereta dan sebaik selesai, saya mendapati Amin tiada. Memang saya langsung tidak sedar bila dia keluar dan menyangka dia bermain di kawasan sekitar. “Puas saya cari, tetapi tidak jumpa dan saya maklumkan kepada isteri mengenai kehilangan cucu saya itu. Dia kemudian menelefon anak perempuan kami iaitu ibu kepada Amin yang ketika kejadian sedang bertugas di Projek Perumahan Rakyat

Banjir lagi

Semalam AbgAji dapat MMS dari adik Ipar dari kampong. di Kg. Sena Dalam, Padang Besar, Perlis. beberapa gambar keadaan banjir di rumah pak mertua AbgAji. Alhamdulillah semua selamat, air naik cuma setakat pintu pagar masuk ke halaman rumah, tetapi kasihan kpd jiran2 sebab rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut. tapi yang tak selamatnya cuma pokok padi habis tenggelam, sawah padi dah jadi bagaikan sebuah tasik yang begitu luas.