Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

15 Mac 1996 WR Grace Kuantan

Nih Gambo kome yg diambil kala tak silap dalam April 1996. Dalam sedar tak sedar dah abis bulan Mac. Esok dah masuk bulan April. Tadi kat opis AbgAji secara tak sengaja jumpa gambo ni tadi. Masa nih AbgAji mula kerja di Kuantan nih. Sebuah kompeni dari US, WR Grace Specialty Chemicals. Dah 14 tahun rupanya AbgAji kerja disini. Masa tu AbgAji muda belia lagi teha yang baju kuning te. Masa tu bangunan masih lagi dalam pembinaan, tengok te di belakang besi masih lagi berceracak. Masa nih Kome tengah sibuk untuk setup bilik makmal maklumlaa kome semua ni pakar tentang Quality Control hahaha. Ini kenangan masa kompeni hantor latihan di Worms, Germany. Bandor Worms ni kecik jer, tapi cantik dan bersih. AbgAji tinggal di Hotel Nebelungen. Hotel ni bangunan lama zaman pertengahan dulu, Kata demenya hotel ni berhantu. AbgAji tak jumpa pun, tapi mungkin juga sebaknya bila malam jer macam ada pesta di hotel ni. Bunyi meriah sangat tapi bila keluar biasa jer takde apa2 pun. Masa tu AbgAji tak ter

Anak Rebung Enterprise

Malam semalam AbgAji sempat jumpa sahabat blogger kita Saudara Mitos dari blog "Anak Ulu Cheka". Lama juga kome berborok start pukul 8.45 hingga pukul 10.30 malam. Macam2 kome borok tu. Sebenornya kome ni sekampung tapi tulaa kenei di internet sebaknya AbgAji dibesorkan di Jengka dan saudara Mitos ni memang dibesorkan di Kg. Ulu Cheka. Yang behnya sdr mitos ni memang expert tentang computer software. AbgAji sempat juga mintok tolong masukkan software GPS baru. Sekarang guna GPS "Papago X5E" lepas ni gerenti tak sesat haha. Terima kasih bebanyok. Dalam rancak beborok te lupa pulok nok amik gambo kala tak boleh upload kesini Tapi sebelum jumpa sahabat kita ni, AbgAji menemankan isteri nok membeli meja untuk mesin jahit dia. Katenya meja yg ada sekarang ni tinggi sikit tak selesa bila menjahit, tulaa dia asyik ngadu lenguh dan sakit lengan sebab meja yang tak "ergonomik" kata dia. Ini dia isteri AbgAji tengoh tawar menawar harga, yang membelakang ter pembant

Tak Boleh Ambil Gambar Disini!!

Dah lama AbgAji tak update blog ni, entah 2-3 ari ni malam jer nok surf tenet ni. nok kate sibuk sangat tak juge, cam biasa jer. Sampai blog kawan-kawan pun tak sempat nak tengok. Ari Sabtu lepas biasalaa jalan2 bawok bebudok ke Kuantan Parade. Bukan apa aritu janji dengan anak lelaki AbgAji nok belikan mainan. Biasalaa ada 3 orang anok lelaki ni, nok beli mainan sesaje. Kita silap cakak pun kata kita janji. Pulok tu tuntut janji yg kita tak janji tu setiap masa yg demenya ingat. Sampai satu kedai mainan yg paling beso di situ, bebudok mula pilih nok itu, nok ini tapi bila tengok hargenya pepalih maheinya. AbgAji sempat amik gambo, lepas 1 kali snap datang pembantu kedai ter sound AbgAji. Pkedai - Abang tak boleh amik gambar kat sini. AbgAji - kenapa tak boleh...? Pkedai - tak tau kenapa, memang tak boleh Abg. AbgAji - kala tak tau sebabnya makna saya bolehlaa amik lagi. Pastu AbgAji saje menyakat dia terus snap lagi satu. Pkedai - Abang maaf, tolong jangan ambil gambar disini . AbgAji

Kadang-kadang

Kadang-kadang bila kita sedih... Takda orang perasan air mata kita keluar. Kadang-kadang bila kita riang gembira... takda orang perasan bila kita suka dan ketawa. kadang-kadang bila bimbang.. takda orang perasan kita dalam keaadaan tertekan. Kadang-kadang bila kita ketakutan. Takda orang perasan gementarnya hati kita. Tetapi.... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Kadang-kadang bila kita TERKENTUT..... hahaha....... satu kampung orang akan perasan dan akan ingat sampai bila-bila. Hehehe

Aktiviti hari Ahad

Ari ni AbgAji jadi cheflaa pulok, anak2 nak makan spaghetti. Dorang kata dah lama ayah tak masak utk diorang semua. Dengan berat ati AbgAji memulakan tugas menyediakan bahan2 yang perlu untuk buat sos spaghetti. Nak membuat sos spaghetti ni bukannya susah sangat, tu dibawah tu bahan2 yang perlu, Daging yang dikisar, bawang merah, bawang putih, celeri, tomato, karot dan cendawan butang. Yang tak gambar tu cuma dan lada bulat (omputih kata capsicum) dan tomato puri. Kala nak bagi aromanya gaya barat sikit kena masukkan serbuk Oregano atau Basil. Ini AbgAji tengah memasak sos. Sempat pulok tu berposing hehe.

Jalan jalan di Ipoh dan Tambun Perak

Memang kaya negeri Perak ni jalan pun buat daripada bijih timah. hehe Pasar Tambun AbgAji sempat beli ikan pekasam. Memang sedap ni Durian Belanda Nangka pun AbgAji beli Yang ni lagi power haha kala tak kenei buah ni dah sah bukan dari kampung. Kala orang pahang pangge Kerdas tapi orang sebelah utara pangge Genuaq/Geduaq. Singgah beli madu lebah hehe nasib baik tak madu tiga, haha! Singgah minum air kelapa jab. On de way balik Pahang. Esok dah keja.

Cutilaaa pulok

Dalam perjalanan ke Utara tanahair melalui PLUS. Seronok memandu arini highway tak sibuk walaupun dah setat cuti sekoloh ni. sesekali ada juga lori kena pintas juga kala tak lambat sampai weh. Ini AbgAji sedang memandu dengan tenang. Anok2 memang hepi, cuti katakan sorang lagi anak lelaki AbgAji, tengah lena kat barisan belakang sekali tu agaknye. Org umoh tukang amik gambo kali ni tu sebab takde dalam gambo.

Safety is Everyone's job

Ari semalam 12/03/10 tak sempat nak buat entry, hehe sehari suntuk AbgAji kat dalam bilik training . Biasalaa kome ni keja dengan kompeni manufacturing terutama kompeni tempat AbgAji kej ni adalah sebuah kompeni multinational dari negara luar. Kome disini memang ditekankan dengan bab keselamatan ni. Itulaa lebihnya kompeni dari luar ni kala dibandingkan dengan kompeni tempatan. Sehinggakan kome boleh lapor atau tegur pegawai atasan jika mereka lakukan sesuatu kerja dengan cara bahaya dan tidak mengikut peraturan keselamatan yg ditetapkan. Poster Safety Stand Up Day Training di WR Grace Specialty Chemicals (M) Sdn. Bhd, Kuantan. Tapi yg behnye bila ada training mesti ada makan hehe. Abgaji siak posing lagi, senyum lebor haha makan free .

Sarapan Nutrisi Untuk Semua

Nutrition shake breakfast Inilah segelas Nutrisi sarapan yang berkhasiat utk AbgAji setiap pagi. Cukup untuk alas perut sampai tengahari. Sejak tukar cara sarapan ni memang rasa sihat dan bertenaga. Yang beh tu berat badan pun dah kurang 7 kg dalam masa 2 bulan ni. Hehe patutlaa sekarang ni rasa ringan jer. Tetapi kekadang tu sekali seminggu AbgAji ade gak pekena roti canai dan nasi lemak, yang pastinya bukan hari macam dulu2 tu.